• Senarai Pemenang
  • Galeri
  • Berita
  • Hubungi
Berita
Berita

1 Hari Lagi: Debaran ANAM Semakin Memuncak!

Tidak terjangka betapa sengitnya saingan ANAM 2020

Wanza Mohamad

Bayangkan ada 589 pencalonan awal yang diterima. Tidak terjangka betapa sengitnya saingan ANAM 2020.

Sungguh debaran semakin berasa apatah lagi persiapan akhir ANAM begitu meriah dikongsi di sosial media kru-kru yang terlibat sejak seminggu yang lalu.

ANAM 2020 yang julung-julung kalinya diadakan menyaksikan 11 kategori bakal dipertandingkan iaitu Lagu Nasyid Terbaik, Lirik Nasyid Terbaik, Vokal Terbaik Dalam Lagu, Susunan Muzik Terbaik, Rakaman lagu Terbaik, Video Muzik Terbaik. Manakala hanya tiga kategori yang telah dibuka kepada pengundian awam iaitu kategori Artis Nasyid Pilihan, Artis Baharu Pilihan dan Artis Nasyid Nusantara. Turut menjadi rebutan ialah Anugerah Kembara dan Anugerah Khalifah.

Pastinya keterujaan bukan hanya dirasai oleh para munsyid dan semua pihak di balik tabir namun peminat dan penyokong tegar industri nasyid juga berkongsi perasaan yang sama. Tidak hanya berteka-teki dengan bakal pemenang bagi setiap kategori, kegembiraan meraikan “hari raya” bagi pengggiat nasyid juga menjadi-jadi saat melihat nama barisan artis atau munsyid yang juga bakal beraksi membuat persembahan.

Antara artis yang akan memeriahkan pentas ANAM2020
Antara artis yang akan memeriahkan pentas ANAM2020

Kemunculan kumpulan otai atau legenda nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Brothers di pentas utama pastinya mengubat kerinduan peminat. Selain itu, penampilan Pak Dinie Juri, Dato’ Jamal Abdillah, Daqmie, Ali XPDC, Akhil Hay, Naim Daniel dan Khai Bahar dan beberapa lagi nama turut dilihat dapat meninggalkan momen yang indah buat penonton bahkan melakar sejarah luar biasa apatah lagi bagi penganjuran sulung ANAM.

Bakal menggandingkan Hafiz Hamidun dan Fara Fauzana sebagai pengacara utama, ayuh pastikan janji temu kita pada hari Ahad ini (27 Disember), jam 9 malam di saluran TV1 RTM. ANAM juga boleh ditonton secara dalam talian di sosial media RTM atau menerusi website ANAM iaitu www.anam.my.

ANAM 2020 dianjurkan oleh MUNSYID Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Terus Baca

Rabithah Berpuas Hati Inteam Dinobat Artis Nasyid Pilihan Anugerah Nasyid Malaysia 2020

Selepas kejayaan meraih kedudukan 3 teratas dalam kategori Artis Nasyid Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 baru-baru ini, kumpulan nasyid Rabithah tidak mahu menuggu lama untuk hadir dengan buah tangan terbaharu menampilkan Fitri Haris

Berita
Anugerah Nasyid Malaysia · 3 tahun lalu

Naim Daniel Terlibat Kemalangan

Artis Naim Daniel yang baru melancarkan single berjudul Purnama dilaporkan terlibat dengan sebuah kemalangan kecil baru-baru ini.

Berita
Anugerah Nasyid Malaysia · 3 tahun lalu

APNI dan ANAM2020, Dua Anugerah Berbeza, Matlamat yang Sama

Ahad ini, 20 Disember 2020 bakal dilangsungkan sebuah acara pertandingan penciptaan lagu anjuran institusi IKIM yang diberi nama Anugerah Pencinta Nasyid IKIM

Berita
Anugerah Nasyid Malaysia · 3 tahun lalu