• Senarai Pemenang
  • Galeri
  • Berita
  • Hubungi
Berita
Berita

Rabithah Berpuas Hati Inteam Dinobat Artis Nasyid Pilihan Anugerah Nasyid Malaysia 2020

“Berjaya ada dalam top 3 pun sudah cukup membanggakan buat kami.."

Anugerah Nasyid Malaysia

Selepas kejayaan meraih kedudukan 3 teratas dalam kategori Artis Nasyid Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 baru-baru ini, kumpulan nasyid Rabithah tidak mahu menuggu lama untuk hadir dengan buah tangan terbaharu menampilkan gandingan hebat bersama juara Gema Gegar Vaganza musim kedua, Fitri Haris.

Tidak seperti karya-karya mereka terdahulu yang banyak mengutarakan isu remaja, Dalil Cinta ciptaan Akmal Mustafa dan penulis lirik muda, Hasif Sazali kali ini memilih isu kesihatan mental yang kian membelenggu masyarakat dunia hari ini.
Menurut Dr. Fitri Haris, Malaysia memperlihatkan trend peningkatan masalah kesihatan mental yang agak membimbangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Lebih membimbangkan lagi apabila isu tersebut masih dianggap tabu oleh sebilangan masyarakat di Malaysia.

"Sejak krisis pandemik covid-19 melanda negara, kita boleh lihat semakin ramai golongan belia dan remaja menzahirkan gejala-gejala permasalahan ini di media sosial tanpa mereka sedari.

"Amat menyedihkan bila respon yang mereka terima daripada masyarakat boleh dikatakan amat negatif dan langsung tidak membantu.

"Keadaan ini mendorong saya dan juga Rabithah mengangkat isu ini sebagai tema dalam Dalil Cinta dengan harapan lirik yang kami nyanyikan ini mampu memberikan sedikit sinar harapan buat mereka untuk memulakan tahun baharu 2021.

Tambah bekas anggota UNIC ini lagi, pengalaman beliau menghadapi jatuh bangun dalam industri menjadikan Dalil Cinta suatu karya yang amat dekat di hati.

Embedded content: https://www.youtube.com/watch?v=XtVysRDebE0

Sehingga kini klip video rasmi Dalil Cinta sudah menduduki tangga #34 trending di YouTube Malaysia.

Mengulas mengenai keputusan pada malam Anugerah Nasyid Malaysia baru-baru ini, wakil kumpulan Rabithah ketika ditemui ternyata berpuas hati dengan kemenangan Inteam dalam kategori Artis Nasyid Pilihan.

“Berjaya ada dalam top 3 pun sudah cukup membanggakan buat kami lebih-lebih lagi bila dapat tahu jarak undian antara kami dan kumpulan Inteam tidak terlalu jauh.

“Pada kami, ini sendiri satu petunjuk bahawa golongan artis nasyid muda dan baharu yang ada dalam industri nasyid mampu untuk berdiri bersama dengan artis-artis nasyid hebat seperti mereka.

Untuk rekod, ini merupakan kolaborasi kedua di antara Rabithah dan juga Fitri Haris selepas kerjasama pertama mereka menerusi lagu 'Hatiku' (Ice Cream versi dakwah) nyanyian asal Blackpink dan Selena Gomez berjaya menggemparkan dunia hiburan. Malah gandingan mereka juga telah mendapat liputan pelbagai media tempatan dan antarabangsa sehingga ke hari ini.

Dalil Cinta terbitan Tarbiah Sentap Records sedia diperdengarkan bermula pada 1 Januari 2021 di platform digital termasuk di saluran YouTube rasmi Tarbiah Sentap Official.

Manakala filem pendek 'PRESENT' yang merupakan adaptasi daripada Dalil Cinta kini boleh ditonton di laman YouTube Tarbiah Sentap Official.

MUSIC VIDEO DALIL CINTA - https://youtu.be/XtVysRDebE0
SHORT FILM PRESENT - https://youtu.be/Z8h0z_xNoLY

Terus Baca

1 Hari Lagi: Debaran ANAM Semakin Memuncak!

Sungguh debaran semakin berasa apatah lagi persiapan akhir ANAM begitu meriah dikongsi di sosial media kru-kru yang terlibat sejak seminggu yang lalu.

Berita
Wanza Mohamad · 3 tahun lalu

Naim Daniel Terlibat Kemalangan

Artis Naim Daniel yang baru melancarkan single berjudul Purnama dilaporkan terlibat dengan sebuah kemalangan kecil baru-baru ini.

Berita
Anugerah Nasyid Malaysia · 3 tahun lalu

APNI dan ANAM2020, Dua Anugerah Berbeza, Matlamat yang Sama

Ahad ini, 20 Disember 2020 bakal dilangsungkan sebuah acara pertandingan penciptaan lagu anjuran institusi IKIM yang diberi nama Anugerah Pencinta Nasyid IKIM

Berita
Anugerah Nasyid Malaysia · 3 tahun lalu