• Senarai Pemenang
  • Galeri
  • Berita
  • Hubungi
Berita
Berita

Naim Daniel Terlibat Kemalangan

Kemalangan berlaku ketika kereta yang dipandu oleh kakaknya hilang kawalan

Anugerah Nasyid Malaysia

Artis Naim Daniel yang baru melancarkan single berjudul Purnama dilaporkan terlibat dengan sebuah kemalangan kecil baru-baru ini.

Kejadian berlaku pada 17 Disember ketika beliau sedang dalam perjalanan ke Damansara untuk menghadiri sebuah temujanji bersama kakak beliau di Lebuhraya Kajang Selatan (LEKAS) sekitar jam 10.30 pagi.

Menurut Naim Daniel ketika dihubungi menjelaskan, kemalangan berlaku ketika kereta yang dipandu oleh kakaknya hilang kawalan sewaktu cuba mengelak objek di atas jalan.

"Waktu tu kakak Naim yang memandu cuba untuk mengelak satu objek di atas jalan menyebabkan kereta hilang kawalan dan terlanggar serta tersangkut pada wayar penghadang jalan di tengah.

"Alhamdulillah, tiada kecederaan serius berlaku, cuma Naim terhantuk kepala di bumbung kereta dan kakak Naim terhentak di stereng kereta.

"Sekarang ada sedikit kesakitan di rahang Naim dan perlu bercakap perlahan dan berhati-hati. Doktor pun nasihatkan Naim supaya berehat sementara waktu.

Tambahnya lagi, kemalangan yang berlaku ini adalah satu ujian dan berharap akan menjadi asbab untuk beliau dikurniakan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.

Sesi latihan Naim Daniel dan Khai Bahar di pentas Anugerah Nasyid Malaysia
Sesi latihan Naim Daniel dan Khai Bahar di pentas Anugerah Nasyid Malaysia

Ditanya mengenai persiapan untuk mengadakan persembahan khas di majlis Anugerah Nasyid Malaysia, penyanyi yang juga bergelar pelakon ini jelas teruja di atas peluang menyanyikan lagu nasyid popular daripada Inteam.

"Alhamdulillah Naim sangat teruja kerana diminta berduet lagu Nur Kasih bersama Khai Bahar, sebuah lagu legenda dan alhamdulillah, Naim pun memang sudah hafal lagu ini dan sudah dengar contoh muzik yang diberikan," ujar beliau.

Naim Daniel dijadualkan mengadakan persembahan berduet bersama Khai Bahar menyanyikan lagu Nur Kasih pada 27 Disember ini jam 9 malam di dalam acara Anugerah Nasyid Malaysia 2020 yang boleh ditonton secara langsung di TV1 RTM serta secara atas talian di laman sosial rasmi RTM.

Terus Baca

Rabithah Berpuas Hati Inteam Dinobat Artis Nasyid Pilihan Anugerah Nasyid Malaysia 2020

Selepas kejayaan meraih kedudukan 3 teratas dalam kategori Artis Nasyid Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 baru-baru ini, kumpulan nasyid Rabithah tidak mahu menuggu lama untuk hadir dengan buah tangan terbaharu menampilkan Fitri Haris

Berita
Anugerah Nasyid Malaysia · 3 tahun lalu

1 Hari Lagi: Debaran ANAM Semakin Memuncak!

Sungguh debaran semakin berasa apatah lagi persiapan akhir ANAM begitu meriah dikongsi di sosial media kru-kru yang terlibat sejak seminggu yang lalu.

Berita
Wanza Mohamad · 3 tahun lalu

APNI dan ANAM2020, Dua Anugerah Berbeza, Matlamat yang Sama

Ahad ini, 20 Disember 2020 bakal dilangsungkan sebuah acara pertandingan penciptaan lagu anjuran institusi IKIM yang diberi nama Anugerah Pencinta Nasyid IKIM

Berita
Anugerah Nasyid Malaysia · 3 tahun lalu