• Senarai Pemenang
  • Galeri
  • Berita
  • Hubungi
Berita
Berita

“Jangan salahkan anak-anak kita andai mereka tidak beradab sebab...” - Dr. Fitri Haris

Kita sendiri telah sogok mereka, suap mereka dengan lagu-lagu yang tidak beradab

Wanza Mohamad

Meski sudah tersenarai pendek sebagai calon Anugerah Penyanyi Nasyid Pilihan dalam Anugerah Nasyid Malaysia (ANAM) 2020, juara Gema Gegar Vaganza musim 2, Mohamad Fitri Bin Mohamad Haris atau lebih dikenali sebagai Dr. Pit dilihat lebih bersifat meraikan ANAM yang julung-julung kali diadakan. Bahkan beliau tegas memberitahu tidak menaruh sebarang harapan untuk memenangi apa-apa anugerah apatah lagi kategori.

“Penyertaan saya adalah bersifat meraikan. Jika bukan kita yang sertai, siapa lagi? Tapi saya tidak menaruh apa-apa harapan untuk menang. Bukan bermaksud tidak berdoa dan berusaha tetapi kita pernah berusaha selama ini. Usaha dalam menyebarkan perkara yang baik sama ada tanpa anugerah atau dengan anugerah masih berjalan seperti biasa. Ia tetap menjadi tanggungjawab atau amanah yang Allah berikan kepada diri.”

Ambil Sifat Profesional

Sengaja mengusik mengenai modul “This Is Nasyid” yang mungkin memberi impak atau tempias kepadanya terhadap ANAM yang bakal berlangsung pada 27 Disember ini, pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM) ini yang tampil mengetengahkan penemuan baharunya berkenaan maksud nasyid dari sudut musikologi dilihat tidak mudah melatah.

“Penyertaan saya dalam ANAM tidak sedikit pun menganggu atau memberi kesan negatif kepada modul yang diketengahkan sebab ia merupakan dua konteks yang berbeza iaitu konteks pendidikan dan konteks industri. Konteksi industri berbeza dengan pendidikan atau teori. Jadi, saya mengambil sikap profesional iaitu kita perlu membezakan dua perkara ini. Walaupun ia boleh digabungkan dalam keadaan yang tertentu tetapi untuk anugerah ini, saya merasakan tidak.

“Saya akan cuba fahamkan ummah tentang apa yang diperjuangkan baik dari sudut akademik dan juga industri. Pada saya perlu dibezakan antara akademik dengan praktikal,” tambahnya yang turut menzahirkan harapan agar penganjuran sulung ANAM berjalan dengan lancar bahkan mendapat tempat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Duta Haqqi ini turut berharap agar jika bukan penganjuran sulung sekalipun ANAM akan datang dapat diadakan secara dwibahasa sebagaimana penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) yang mengetengahkan bahasa lain seperti bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Menurutnya elemen itu tidak mustahil bahkan boleh dilakukan dalam bentuk yang lebih santai.

Mahu Nasyid Kembali Di Hati

Berkecimpung dalam industi nasyid selama 18 tahun lamanya, jauh di sudut hati, Fitri juga berharap agar nasyid kembali mendapat tempat di hati masyarakat bahkan juga di hati media cetak dan elektronik.

“Nasyid perlu dimainkan dan dipertandingkan bahkan dipandang dalam semua jenis platform radio. Radio yang bukan bersifat islamik sekalipun perlu serius dan tidak terkecuali kerana nasyid membawa kualiti yang sangat hebat, bukan sekadar lagu-lagunya berkualiti tetapi mesejnya juga sangat baik.

“Jika bukan kita yang mainkan dan perjuangkan, siapa lagi? Jangan salahkan anak-anak kita andai mereka tidak beradab sebab kita sendiri telah sogok mereka, suap mereka dengan lagu-lagu yang tidak beradab,” ujarnya tegas mengakhiri perbualan.

This is Nasyid
This is Nasyid

Terdahulu, Dr. Fitri mengadakan sidang media khas berkaitan modul “This Is Nasyid” yang diadakan di ibu negara. Beliau mendapat mandat dan amanah besar daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Dana Kandungan Digital untuk mengkaji muzik nasyid di Malaysia.

Kandungan kajian yang turut akan dibukukan kelak memperincikan definisi nasyid, identiti penasyid dan banyak lagi kekeliruan yang masih berputar dalam kalangan masyarat, pemain nasyid sendiri bahkan industri muzik Malaysia. Penemuan baharu maksud nasyid yang dikupas dari konteks musikologi ini adalah kajian PhD beliau yang turut mendapat kerjasama pihak UUM.

Tahun ini (2020) sebenarnya merupakan tahun ketiga beliau memperkasakan modul tersebut dengan beberapa buah negara yang telah dijelajahi. Antaranya ialah United Kingdom dan Mesir. Namun ekoran ujian pandemik Covid 19, perancangan untuk ke negara Morocco terpaksa ditangguhkan. Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana memperoleh peluang lain melalui kaedah pemasaran digital yang melibatkan kerjasama bersama KKMM.

Terus Baca

Rabithah Berpuas Hati Inteam Dinobat Artis Nasyid Pilihan Anugerah Nasyid Malaysia 2020

Selepas kejayaan meraih kedudukan 3 teratas dalam kategori Artis Nasyid Pilihan di malam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 baru-baru ini, kumpulan nasyid Rabithah tidak mahu menuggu lama untuk hadir dengan buah tangan terbaharu menampilkan Fitri Haris

Berita
Anugerah Nasyid Malaysia · 4 tahun lalu

1 Hari Lagi: Debaran ANAM Semakin Memuncak!

Sungguh debaran semakin berasa apatah lagi persiapan akhir ANAM begitu meriah dikongsi di sosial media kru-kru yang terlibat sejak seminggu yang lalu.

Berita
Wanza Mohamad · 4 tahun lalu

Naim Daniel Terlibat Kemalangan

Artis Naim Daniel yang baru melancarkan single berjudul Purnama dilaporkan terlibat dengan sebuah kemalangan kecil baru-baru ini.

Berita
Anugerah Nasyid Malaysia · 4 tahun lalu